Photobucket PeNCArIan KeBahAgiaN Perlu DitruSkn...

Thursday, March 31, 2011

Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.
Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri. 
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.
Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.
Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.
Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.
Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.
Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.
Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890) 
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.
Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.
Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain. 
Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

Friday, March 25, 2011

Petua Membentuk Cinta Abadi

Petua 1
Cinta sejati menganggap pujian sebagai penawar. Bentuk tabiat mudah memuji pasangan supaya dia terdorong menjadi cemerlang. Amalkan memuji 7 kali sebelum menegur pasangan.


Petua 2
Cinta abadi sentiasa romantik. Berilah hadiah, SMS, ucapan cinta, makan di luar dan sebagainya untuk memupuk cinta. Ramai individu yang penyayang tetapi gagal mempamerkan perasaannya.


Petua 3
Cinta abadi diperkasa dengan belaian. Berbual dan dengari pasangan dengan prihatin dan kasih sayang. Belajar untuk berkonflik dengan hikmah.


Petua 4
Cinta abadi perlu berteraskan iman. Kukuhkan hubungan dengan Allah bagi mengeratkan hubungan dengan pasangan. Dirikan ibadah dengan sempurna.


Petua 5
Cinta sejati tidak pernah rasa sunyi walaupun pasangan tidak ada di sisi. Perasaan cinta, gambaran kekasih, kenangan manis dan harapan yang positif menjadi teman dikala sendirian.


Petua 6
Cinta abadi sentiasa ada masa untuk bicara kasih. Bisikan kata sayang setiap hari. Suami yang cemerlang peluk dan bisik kata sayang sekurang-kurang 3 kali sehari.


Petua 7
Cinta abadi lebih memberi tumpuan kepada perasaan berbanding kebendaan. Apabila wanita rasa disayangi, perkara lain tidak penting baginya. Ibarat rumah kecil terasa bagai istana.


Petua 8
Cinta abadi sentiasa hormat menghormati. Hormati keunikan dan karenah pasangan kita. Jangan sesekali sombong dengan pasangan. Cari penyelesaian menang-menang.


Petua 9
Cinta abadi sentiasa membuat penyesuaian dan mencari keserasian . Sebenarnya, kita mudah membuat sesuatu ataupun berkorban untuk orang lain berbanding untuk diri sendiri.


Petua 10
Cinta sejati meyakini bahawa orang yang Allah kurniakan menjadi pasangan kita adalah orang yang terbaik bagi kita., walaupun ramai orang yang mungkin lebih baik daripadanya.


Nantikan petua2 yang seterusnya...selamat beramal
     

Wednesday, March 23, 2011

Mujahadah Seorang Isteri

Mujahadah isteri berjawatan tinggi dan terkenal
  • beradab sopan dlm bertindak ke atas ssuatu pkara d hdapan suami, x mnyakiti hti dn mnyusahkn suami
  • hapuskan sikap mninggi diri, ini mbolehkan isteri taat dn mlayani suami sbgaimana yg d khendaki oleh Allah
  • Wlupn bjawatan tinggi dn tkenal, apabila bhadapan dgn suami, isteri plu mrasakan dirinya lbih rndah drp suaminya. Plu ingat, kdudukan suami lbih tnggi dn lbih istimewa d sisi Allah
  • Sikap sbg pmimpin yg slalu mberi arahan x ptut tbawa2 ktika bhadapan dgn suami d rumah
  • Ikut sgla printah dn arahan suami tnpa mpertikaikn ataupn mpersoalknnya skalupn ianya btentangan dgn khendak diri sndiri dn slagi perintah itu x btentangan dgn syariat  
Mujahadah isteri yg lebih bijak drp suami
  • Slalu mminta nsihat drp suami wlupn dlm hal2 yg kecil. Klu drasakn nsihatnya kurang baik, cuba berikan pndangan balas. Skiranya suami bstuju, itulah hkikat nsihat seorg suami
  • Elakkan drp mbantah apalagi mperlecehkan arahan suami wlupn x munasabah
  • Klu suami ada ssuatu pndangan yg sama dgn isteri, trima pndangan itu tnpa mnjelaskan pndangan sndiri
  • Wjudkan dlm hti bhwa suami tetap istimewa dn krn dia diistimewakan oleh Allah, rendahkn diri kpdnya wlu bgaimnapn keadaannya 
Mujahadah isteri yg sering ditinggalkan
  • Apabila slalu dtinggalkn, seeloknya isteri mperbykkn ibadah sunat d smping mnyibukkn diri dgn kerja2 bfaedah
  • Apabila ditinggalkn krn suami bpoligami, rsakn bhwa madunya itu adalh mnusia  yg sbaik dirinya.Lupakn suami sketika dn bykkn ruang wktu dgn mgingati Allah
  •  Skiranya tmbul rsa mrh kpd suami, dgalakkn spya mgmbil wuduk, dn kenangkn sgla kbaikan suami kpdnya
  • Smbut kpulangan suami dgn psediaan istimewa tnpa mpersoal pkara2 yg negatif yg mperlihatkn sangkaan buruk thadapnya
  • Kenangkan bgaimana Siti Hajar dtinggalkn Nabi Ibrahim A.S bsndirian d pdang psir tndus.Hatinya tetap tabah mghadapi smua ujian dgn byk bgantung hrap kpd Allah smata2
Mujahadah isteri thadap suami yg mncuaikn agama
  • Isteri msti slalu mnunjukkn sikap yg baik dgn mlayan sgala khendaknya selagi ianya x mlanggar syariat dgn dsrtakan niat mdidiknya mnjdi irg yg taat kpd agama
  • Selalu mndoakannya spya Allah mgubahnya mnjdi org yg baik
  • Sntiasa mberikn bhn bacaan agama dn jgn jemu skiranya pmberian dtolak
  • Apabila bhadapan dgn suami pmarah dn suka mmukul isteri, isteri hndaklah bmujahadah dn mghalusi akhlaknya d hdapan suami
  • Apabila suami x solat, isteri msti pndai mmujuk spya suami dpt mrasai pntingnya solat
  • Apabila mndapati suami seorg kaki perermpuan, isteri plu mgingatknnya mgenai dosa yg dlakukannya. Slain itu hisab diri sndri,mgkin krn lyanan isteri yg kurang mmuaskan myebabkn suami mncri perempuan lain dn brusaha mperbaiki klemahan diri  

Bukti kasih sayang allah kpd wanita

Dalam tubuh wanita, ada 1 bahagian yg d beri nama yg bgitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini d ambil dgn nama Tuhan yg bmaksud 'Maha Penyayang'. Alla tidak akan mberikan nama yg semulia itu. Rahim inilah pghubung kpd smua makhluk. Di dalam rahim inilah, wanita mjaga dan mlahirkan ciptaan-Nya. Anugerah rahim kpd kaum wanita ini adalah bukti mrk d muliakan oleh Allah.
      Wanita disebut sbg 'kurang drpd sudut agama' krn mrk kurang waktu bsolat, spanjang wktu haid dan nifas itu, Allah tetap mberikan pahala mdirikan solat skiranya mrk dpt bsabar dgn keadaannya yg tidak selesa itu. Seorg wanita yg bru mlahirkan anak, dosa2 mrk digugurkan sprti bayi yg bru lahir kmudian dberikan pahala solat percuma sepanjang berada dlm keadaan nifas. Skiranya wanita bsabar ktika mnyusu, mmelihara, mlayan karenah anaknya, makin byk pahala yg Allah sediakan utk kaum wanita.

Beramal kerana Allah

marilah beramal
beramal kerana allah
beramal kerana allah
beramal kerana allah
allahuakbar

beramal kerana allah
pemuda melangkah gagah
menjana kuasa rakyat
bersiap menghadapi cabaran

semarakkan semangat perjuangan
usahlah kita terus terleka
menegak kemakrufan
menentang kemungkaran
allah pasti bersama

bentukkan ukhuwah
hidupkan jamaah
susunlah barisan
usahlah terleka
bersatu teguh mara bersama
moga islamkan subur

gerakan tenaga
jua fikiranmu
korbankan harta
sekali pun jiwa mu

menentang musuh allah
laungkan takbir
allahuakbar

bersatulah kita bergerak melangkah
tegakkan islam agama yang tercinta
ayuh kita julang kembali
islam pasti gemilang...

Tuesday, March 15, 2011

3 hari 2 malam di SMK Lepar

Lirik lagu utk tema lagu fasilitator
ada sang ulat bulu,
punya kaki seribu,
siapa jumpa kakiku, kakiku,
jikalau tak dapat,
terpaksa ku melompat
dengan kaki seribu kurang satu

Kami menginap di hostel lelaki

Saya menyampaikan arahan utk ice breaking
Makan bersama sahabat baik. 1hati 1pinggan

Presentation for group project of Menara Impian
Bersama anak2 buah yang hebat

Friday, March 11, 2011


UMP kebanggaan saya. Di sini saya mengorak langkah maju menimba ilmu. Mencari ilmu dunia dan ilmu akhirat utk memantapkan diri ini sebagai pelajar cemerlang, hatta anak yang soleh, hatta sahabat yang baik dan hamba allah yang mulia di sisiNya. Insyallah. Ameen...

Sembahyang itu tiang agama

Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan...


Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,mereka yang terluka ,mereka yang mencari dan mereka yang telah mencuba.


Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah
menyentuh hidup mereka Tetapi…..


Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa mendoakan agar……
hari mu dipermudahkan ALLAH. ameen..…..

"Hak seorang MUSLIM terhadap seorang MUSLIM enam perkara:
1) Apabila engkau bertemu dengannya, hendaklah engkau memberi salam
2) Apabila beliau menjemputmu hendaklah engkau menunaikan jemputannya
3) Apabila beliau menasihatimu, hendaklah engkau juga menasihatinya
4) Apabila beliau bersin dan menyebut "AlhamduliLlah" hendaklah engkau menyebut :YarhamukaLlah"
5) Apabila beliau sakit hendaklah engkau menziarahinya dan
6) Apabila beliau meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya." (Hadis riwayat Muslim).

Thursday, March 10, 2011

paBila Lelaki Jatuh Cinta :D

  • Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.
  •  Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
 8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
 9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
 10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
 11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
 12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama..
 13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
 14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
 15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
 16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting
 dengannya .
 17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
 18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
 19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya ..
 20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
 21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
 22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
 23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang
 perempuan .
 Tidak semestinya tepat, namun banyak yang tepat mengenainya…. cintailah lelaki… ^_^

Tuesday, March 8, 2011

cinta, sayang, suka & minat ???

Cinta
  Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau  nak dia tahu dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita.  Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh menghabiskan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu. (dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekiranya keterlaluan)

Minat
Ada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. (dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu.
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Wednesday, March 2, 2011

Buih-Buih Cinta Dari Seorang Sahabat

Aku menatap matamu dengan penuh asyik... 
Agar terbit rasa sayang ini 
Aku belajar melawan rasa tidak enak di hatiku 
Dengan kesilapan kecilmu... 
Agar jangan ada robekkan di lantai kepercayaan antara kita. 

Aku mula-mula mengenalimu yang pertama meghulurkan segugus senyuman 
Terlihat jelas sepasang lesung pipitmu yang aneh dipandangan 
Namun bagiku, itulah yang mengujakanku yang mampu mendampingimu 
Sebagai sahabat! 

Aku mengharapkan agar panas berterusan hingga ke malam 
Kehangatannya ku impi berlarutan! 
Tidak hanya di waktu siang 
Malah sampai saat kematian! 

Memperhatikanmu, dengan lagak serta gayamu 
Membuat hidupku kian sempurna kini! 
Kerna aku bisa menyerap nilai-nilai murni 
Teladan buat diri yang serba kekurangan. 

Sejuk mataku tatkala menatapmu, teman. 
Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta... 

Namun teman, 
Sayangku dan kasihku ini berbeza sekali...!!! Amat berbeza. 
Tidak seperti sayang dan kasih seorang kekasih kepada kekasihnya, 
Tidak bisa digambarkan sebagai sayang dan kasih seorang suami kepada isterinya, 
Bukan jua seperti kasih sayang sesuci ibu mithali... 

Teman, 
Bersemadi perasaan ini langsung tanpa ada sekatan 
Bercambah terus berputikkan kejujuran dan kepercayaan. 
Buah bintang hatiku pun turut merelakan 
Agar aku menjaga hatimu sepertimana hatiku, 
Agar aku mengawasi tingkah lakumu seperti aku mengatur perilaku ku 
Agar sedihmu menjadi sedihku jua... 
Kerna pabila kau sakit, aku pun turut serta mengaduh bisanya. 
Begitulah hebatnya lempias perasaan ini....!

Yang bersumberkan Ilahi 
Mengikatnya dengan segumpal tali yang bernama 'ketulusan hati' 
Ikhlas.! Adalah tiang utamanya dan kasih sayang adalah atapnya. 
Bersatu kita menggenggam buih-buih cinta ini, teman. 
Bersama dalam setiap derap langkah dalam menuju halaman Syurga... 

BERTEMU TAK JEMU, BERPISAH TAK GELISAH 

InshaAllah... 

Tuesday, March 1, 2011

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT ( JANGAN SOMBONG UNTUK BACA DAN JANGAN KEDEKUT UNTUK BERKONGSI )

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN

RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...