Photobucket PeNCArIan KeBahAgiaN Perlu DitruSkn...

Tuesday, April 12, 2011

Petua Membentuk Cinta Abadi

Petua 11
Cinta abadi gigih menempuh ujian. Setiap ujian yang ditempuh  mengeratkan lagi hubungan. Cari hikmah bagi setiap ujian yang ditempuh.

Petua 12
Cinta abadi tidak jumud. Cari pelbagai cara kreatif utk mempamerkan dan menyemarakkan kasih sayang kepada pasangan. Bentuk kegiatan positif setiap hari.

Petua 13
Cinta abadi lebih banyak memberi daripada menerima. Renungkan apa yang masih belum kita lakukan utk pasangan kita. Ingat, kita pasti dapat balasan yang berlipat kali ganda. 

Petua 14
Cinta abadi sentiasa prihatin pada gerak hati wanita. Lelaki yang cemerlang menghormati pandangan pasangannya mengenai kasih sayang dan aspek kehidupan lain.

Petua 15
Cinta abadi sentiasa menganggap konflik sebagai pintu mengenali pasangan dengan lebih akrab.  Cari pengajaran daripada setiap konflik. Bentuk peraturan utk berkonflik secara positif.

Petua 16
Cinta abadi tidak ada syarat. Ia tidak bertambah dengan kebaikan dan tidak berkurangan dengan kesilapan yang dilakukan. Syarat tunggal adalah kepatuhan kepada Tuhan.

Petua 17
Cinta abadi membentuk rasa selamat. Jangan cuba mengubah ataupun memaksa pasangan. Ubah diri menjadi lebih cemerlang supaya pasangan dapat berubah bersama.

Petua 18
Cinta abadi terbentuk bersendikan kejujuran. Tidak patut ada penipuan dan kepalsuan dalam memupuk cinta sejati. Jangan ada dusta antara pasangan.

Petua 19
Cinta abadi menghormati perbezaan antara dua insan yang disatukan. Perbezaan yang wujud berfungsi melengkapkan dan mengimbangi antara satu sama lain.

Petua 20
Cinta abadi tidak pernah berdendam. Maafkan pasangan dengan ikhlas setiap malam sebelum tidur. Kemaafan mencuci hati dan minda, menyembuhkan penyakit, mencantikkan wajah, memakbulkan doa dan menarik hidayah Allah.






No comments: