Photobucket PeNCArIan KeBahAgiaN Perlu DitruSkn...

Wednesday, April 20, 2011

PETUA MENCUCI HATI

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan"Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Ulasan: Hati adalah sumber kekuatan kita..Jika hati itu elok, maka eloklah seluruh tubuhnya. Jika hati itu rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya. Dalam hati itu letaknya Iman. Akhlak yang baik berinspirasikan hati yang tulus. 

Tuesday, April 19, 2011

9 Ciri-ciri Wanita Idaman Lelaki

Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Senantiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain

BERTUAHNYA MENJADI WANITA

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga.
4. Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.
5. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
20. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syhid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. Wallahu taa’la a’lam.
*Alangkah bertuahnya anda yang bergelar wanita. Oleh itu banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini.

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut manakala jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut:
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Sunday, April 17, 2011

Tugas dan Kewajipan Lelaki soleh

1.       Mencari nafkah bg mneruskan hdup
Tugas mncari nafkah dpertanggungjawabkan kpd kaum lelaki krn klebihan yg ada pd nya terutamanya drpd segi fizikal dn akal fikirannya.Mrk mampu bkerja keras mncari nafkah, mberikan plindungan dn mpertahankan maruah kluarganya, bangsa dn agamanya. Inilah sbbnya kaum lelaki diangkat mnjadi pmimpin bg kaum wanita. Oleh itu, seorg lelaki muslim yg soleh, mrk tidak akan mgabaikan tugas ini. Mrk wajib bkerja mnurut apa shj kmampuannya. Dlm melaksanakan tugas ini, mrk harus mbetulkan  niat mrk iaitu ikhlas mncari keredhaan Allah S.W.T. Dgn keikhlasan mrk tidak akan malu mlakukan apa shj pkerjaan demi mnyara kluarga dgn hasil yg halal. Lelaki yg soleh  dn beriman tidak akan mlupakan hr akhirat ttp mnjadikannya sbg matlamat mrk yg utama. Bkerja d dunia bg mncari keuntungan d akhirat. Ada 2 cara mncari nafkah sprti yg d anjurkan oleh islam:
                -Dia tidak mlalaikan tugasnya thadap Allah dn tidak mninggalkan nilai2 luhur
                -Lakukan dgn cr yg halal, bsih dn tidak mbawa apa2 kmudaratan kpd org lain srta tidak btentangan dgn praturan2 yg dtetapkan kpd umum.
2.       Berjihad Fisabilillah
Jihad adlah amal yg pling utama dn puncak ktinggian islam. Tidak ada satu pn amalan soleh yg dpt mnandingi jihad. Org yg soleh tidak sdikit pnm rasa gentar dn tkut apabila bjuang menegakkan agama Allah sbaliknya sntiasa bangga mnjadi seorg mujahidin.
3.       Melindungi dan Membela Kaum yg Lemah dn Tertindas
Akhir2 ini golongan kafir sntiasa mncari pluang menindas dn menakluki  negara serta umat2 islam. Org2 yg soleh hrus peka dn bsedia btindak balas supaya umat2 islam tidak akan dtindas dgn swenang2nya oleh golongan ini. Lelaki soleh hrus mmainkan pranan mrk sbg pmbela agama sama ada scara lgsung / pn tidak lgsung demi mgekalkan kdaulatan islam.
4.       Memimpin, mendidik dn blaku adil kpd isteri
-Mengajar dn membimbing dgn cr yg baik shingga isteri2 yg tidak soleh myedari ksilapan mrk dn mnukar cr hdup mnjadi isteri solehah.
-Menangani isteri yg jahil dn degil dgn bjaksana shingga mrk mnyedari hakikat yg sbenarnya dn bsedia mngubah ksilapan mrk itu.

Thursday, April 14, 2011

Petua Membentuk Cinta Abadi

Petua 21
Cinta abadi adalah proses pembelajaran yg berterusan. Didik, nasihat dan berpesan kpd pasangan dr semasa ke semasa. Jangan biarkan pasangan kita membuat kesilapan

Petua 22
Cinta abadi sentiasa diberkati. Bersihkan sumber rezeki dan berterusan doa mendoakan antara satu sama lain. Zakat, sedekah dan bantuan kpd org lain membawa keberkatan

Petua 23
Cinta abadi sentiasa mempunyai harapan setiap perkara yg dilalui bertambah baik. Ujian menyebabkan kita insaf, bersyukur dan lebih rapat dengan pasangan

Petua 24
Cinta abadi meletakkan hak pada tempatnya. Kita sentiasa menghormati hak, peranan dan tanggungjawab pasangan. Fokus pada usaha memberi drpd menerima

Petua 25
Cinta abadi sentiasa berubah secara positif. Setiap perubahan positif walaupun kecil membawa perubahan yg bermakna dalam perhubungan antara dua insan. Bila kita berubah, pasangan kita juga pasti berubah

Petua 26
Cinta abadi tidak berdebat mengenai siapa menang dan siapa kalah. Pasangan yg berkasih sayang sentiasa memikirkan pendekatan di mana kedua-dua pihak menang

Petua 27
Cinta abadi sentiasa bertanggungjawab. Cuba buat senarai semak mengenai apa yg perlu kita lakukan bg memupuk kasih sayang dan memotivasikan pasangan

Petua 28
Cinta abadi sentiasa berhikmah dan berdiplomasi. Berikan tujuh penghargaan ataupun pujian sebelum menyebut satu teguran. Elakkan melukakan hati pasangan dengan sengaja

Petua 29
Cinta abadi sentiasa bahagia. Programkan hati dan minda sentiasa bahagia walaupun masih banyak masalah yg belum selesai ataupun belum diatasi

Petua 30
Berdoa dan yakin cinta kita kekal hingga ke akhir hayat dan bersambung di alam akhirat

Tuesday, April 12, 2011

Hikmah pensyariatan perkahwinan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang

Ada banyak alasan manusia yang
membuat dasar dari hakikat pernikahan,

hakikat yang seperti apakah yang
paling membahagiakan? cuba kita
lihat...dan manakah pilihan kita???

1- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana nafsu, maka pasangan rajin
bertengkar jika servis di kamar tidur
tidak memuaskan.

2- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana HARTA, maka pasangan bakal
bubar
jika bangkrup.

3- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana KECANTIKAN, pasangan bakal
lari
jika rambut mula beruban dan muka
keripot atau badan jadi gendut.

4- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana ZURIAT, maka pasangan akan
cari
alasan untuk pergi jika pasangan tidak
dapat memberi anak.

5- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan
lari
jika orang berubah tingkah lakunya.

6- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana CINTA, hati manusia itu tidak

tetap dan mudah terpikat pada hal-hal
yang lebih baik, lagipula
manusia

yang dicintai pasti MATI / PERGI.

7- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana IBADAH kepadaALLAH,
sesungguhnya
ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI
HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH
mencintai hambaNYA melebihi seorang
ibu mencintai bayinya. Maka tak
ada
alasan apapun didunia yang dapat
meretakkan rumah tangga kecuali jika
pasangan mendurhakai ALLAH.

Siapakah dia lelaki soleh?

Didefinisikan sebagai seorg lelaki muslim yg beriman, seorg mukmin, bersih drpd segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yg bersih dan halal, bukan dr sumber yg haram. Juga sentiasa berusaha menjauhkan dirinya drpd perkara2 yg akan mendorongnya ke arah maksiat dan menariknya ke jurang neraka yg amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorg lelaki yg sentiasa taat kpd Allah S.W.T dan Rasul-Nya walau di mana sahaja mereka  berada dan  pd bila2 masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorg tidak dapat dilihat dan diukur drpd segi lahiriah semata2. Ia berkait rapat dgn akidah dan keyakinan kpd Tuhannya, iaitu kpd siapa dia menyerahkan keyakinan dan ketaatannya itu. Sekiranya asas tauhidnya tidak betul dan sempurna, seluruh amalan yg dilakukannya sia2 sahaja. Ciri2 lelaki soleh seperti yg dimaksudkan oleh al-Quran dan al-Hadis:
1. Sentiasa taat kpd Allah S.W.T dan Rasul-Nya
2.Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya
3.Mati syahid adalah cita2 hidup yg tinggi
4.Sabar dlm menghadapi ujian dan cabaran drpd Allah
5.Ikhlas dlm beramal
6.Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya
7.Sangat takut kpd ujian Allah dan ancamannya
8.Selalu memohon ampun atas segala dosa2nya
9.Zuhud dgn dunia tetapi tidak meninggalkannya
10.Solat malam menjadi kebiasaanya
11.Tawakal penuh kpd Allah Taal dan tidak mengeluhkecuali kpd Allah semata-mata
12.Selalu berinfak sama  ada ketika dlm keadaan lapang mahupun sempit
13.Mnenerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah antara mereka
14.Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya, iaitu mengajak ke arah kebaikan, dan mencegah perbuatan mungkar
15.Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia
16.Seorg pemaaf dan berlapang dada dlm menghadapi kejahilan manusia, sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kpd Allah
17. Memberikan kasih sayang kpd keluarga

Petua Membentuk Cinta Abadi

Petua 11
Cinta abadi gigih menempuh ujian. Setiap ujian yang ditempuh  mengeratkan lagi hubungan. Cari hikmah bagi setiap ujian yang ditempuh.

Petua 12
Cinta abadi tidak jumud. Cari pelbagai cara kreatif utk mempamerkan dan menyemarakkan kasih sayang kepada pasangan. Bentuk kegiatan positif setiap hari.

Petua 13
Cinta abadi lebih banyak memberi daripada menerima. Renungkan apa yang masih belum kita lakukan utk pasangan kita. Ingat, kita pasti dapat balasan yang berlipat kali ganda. 

Petua 14
Cinta abadi sentiasa prihatin pada gerak hati wanita. Lelaki yang cemerlang menghormati pandangan pasangannya mengenai kasih sayang dan aspek kehidupan lain.

Petua 15
Cinta abadi sentiasa menganggap konflik sebagai pintu mengenali pasangan dengan lebih akrab.  Cari pengajaran daripada setiap konflik. Bentuk peraturan utk berkonflik secara positif.

Petua 16
Cinta abadi tidak ada syarat. Ia tidak bertambah dengan kebaikan dan tidak berkurangan dengan kesilapan yang dilakukan. Syarat tunggal adalah kepatuhan kepada Tuhan.

Petua 17
Cinta abadi membentuk rasa selamat. Jangan cuba mengubah ataupun memaksa pasangan. Ubah diri menjadi lebih cemerlang supaya pasangan dapat berubah bersama.

Petua 18
Cinta abadi terbentuk bersendikan kejujuran. Tidak patut ada penipuan dan kepalsuan dalam memupuk cinta sejati. Jangan ada dusta antara pasangan.

Petua 19
Cinta abadi menghormati perbezaan antara dua insan yang disatukan. Perbezaan yang wujud berfungsi melengkapkan dan mengimbangi antara satu sama lain.

Petua 20
Cinta abadi tidak pernah berdendam. Maafkan pasangan dengan ikhlas setiap malam sebelum tidur. Kemaafan mencuci hati dan minda, menyembuhkan penyakit, mencantikkan wajah, memakbulkan doa dan menarik hidayah Allah.