Photobucket PeNCArIan KeBahAgiaN Perlu DitruSkn...

Tuesday, April 12, 2011

Siapakah dia lelaki soleh?

Didefinisikan sebagai seorg lelaki muslim yg beriman, seorg mukmin, bersih drpd segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yg bersih dan halal, bukan dr sumber yg haram. Juga sentiasa berusaha menjauhkan dirinya drpd perkara2 yg akan mendorongnya ke arah maksiat dan menariknya ke jurang neraka yg amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorg lelaki yg sentiasa taat kpd Allah S.W.T dan Rasul-Nya walau di mana sahaja mereka  berada dan  pd bila2 masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorg tidak dapat dilihat dan diukur drpd segi lahiriah semata2. Ia berkait rapat dgn akidah dan keyakinan kpd Tuhannya, iaitu kpd siapa dia menyerahkan keyakinan dan ketaatannya itu. Sekiranya asas tauhidnya tidak betul dan sempurna, seluruh amalan yg dilakukannya sia2 sahaja. Ciri2 lelaki soleh seperti yg dimaksudkan oleh al-Quran dan al-Hadis:
1. Sentiasa taat kpd Allah S.W.T dan Rasul-Nya
2.Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya
3.Mati syahid adalah cita2 hidup yg tinggi
4.Sabar dlm menghadapi ujian dan cabaran drpd Allah
5.Ikhlas dlm beramal
6.Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya
7.Sangat takut kpd ujian Allah dan ancamannya
8.Selalu memohon ampun atas segala dosa2nya
9.Zuhud dgn dunia tetapi tidak meninggalkannya
10.Solat malam menjadi kebiasaanya
11.Tawakal penuh kpd Allah Taal dan tidak mengeluhkecuali kpd Allah semata-mata
12.Selalu berinfak sama  ada ketika dlm keadaan lapang mahupun sempit
13.Mnenerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah antara mereka
14.Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya, iaitu mengajak ke arah kebaikan, dan mencegah perbuatan mungkar
15.Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia
16.Seorg pemaaf dan berlapang dada dlm menghadapi kejahilan manusia, sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kpd Allah
17. Memberikan kasih sayang kpd keluarga

No comments: