Photobucket PeNCArIan KeBahAgiaN Perlu DitruSkn...

Thursday, April 14, 2011

Petua Membentuk Cinta Abadi

Petua 21
Cinta abadi adalah proses pembelajaran yg berterusan. Didik, nasihat dan berpesan kpd pasangan dr semasa ke semasa. Jangan biarkan pasangan kita membuat kesilapan

Petua 22
Cinta abadi sentiasa diberkati. Bersihkan sumber rezeki dan berterusan doa mendoakan antara satu sama lain. Zakat, sedekah dan bantuan kpd org lain membawa keberkatan

Petua 23
Cinta abadi sentiasa mempunyai harapan setiap perkara yg dilalui bertambah baik. Ujian menyebabkan kita insaf, bersyukur dan lebih rapat dengan pasangan

Petua 24
Cinta abadi meletakkan hak pada tempatnya. Kita sentiasa menghormati hak, peranan dan tanggungjawab pasangan. Fokus pada usaha memberi drpd menerima

Petua 25
Cinta abadi sentiasa berubah secara positif. Setiap perubahan positif walaupun kecil membawa perubahan yg bermakna dalam perhubungan antara dua insan. Bila kita berubah, pasangan kita juga pasti berubah

Petua 26
Cinta abadi tidak berdebat mengenai siapa menang dan siapa kalah. Pasangan yg berkasih sayang sentiasa memikirkan pendekatan di mana kedua-dua pihak menang

Petua 27
Cinta abadi sentiasa bertanggungjawab. Cuba buat senarai semak mengenai apa yg perlu kita lakukan bg memupuk kasih sayang dan memotivasikan pasangan

Petua 28
Cinta abadi sentiasa berhikmah dan berdiplomasi. Berikan tujuh penghargaan ataupun pujian sebelum menyebut satu teguran. Elakkan melukakan hati pasangan dengan sengaja

Petua 29
Cinta abadi sentiasa bahagia. Programkan hati dan minda sentiasa bahagia walaupun masih banyak masalah yg belum selesai ataupun belum diatasi

Petua 30
Berdoa dan yakin cinta kita kekal hingga ke akhir hayat dan bersambung di alam akhirat

No comments: