Photobucket PeNCArIan KeBahAgiaN Perlu DitruSkn...

Friday, June 10, 2011

Allah Ajarkan Mencintai Suami Kerana-Nya

Alhamdulillah saya baru saja menghadiri kelas pengajian Asmaul Husna kami yang telah lama tertangguh kerana Prof Madya Dr Wan Maseri yang mengajar telah memulakan semula tugasannya sebagai pensyarah di sebuah Universiti di Pahang.
Saya mendapat kefahaman sesuatu yang sangat penting dalam hidup saya diajarkan Allah untuk mencintai suami saya kerana-Nya. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi kefahaman ini kerana saya rasa ramai rakan-rakan yang berhadapan dengan masalah yang sama dengan saya berkaitan dengan mencintai suami.
Ibubapa saya bercerai ketika saya berusia 15 tahun. Sejak dari itu saya sentiasa merasa keseorangan di dunia ini. Apatah lagi saya tinggal di sekolah berasrama penuh dan meninggalkan keluarga untuk keluar negara sebaik saja keputusan peperiksaan SPM dikeluarkan.
Sehinggalah saya bertemu dengan suami saya dan berkahwin ketika saya berada pada tahun 2 di universiti. Ketika itu saya merasakan suamilah ibu dan ayah saya dan sebahagian dari diri saya adalah suami saya. Begitulah dalamnya perasaan saya kepada suami dan saya rasa ramai kawan-kawan di luar sana yang merasakan apa yang saya rasakan ini.
Apabila saya diajarkan untuk mengenal Allah, saya mula belajar mencintai dan merindui Allah. Pastinya sangat indah mencintai pada YANG SELAYAK DICINTAI.. kemudian saya menghadapi masalah di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Allah.
Ada waktu-waktu yang sewajarnya digunakan untuk suami, saya curi untuk menyembah sujud kepada Allah... mengingati-Nya dan merasakan kelazatan mendampingi-Nya. Pastinya saya rasa bersalah dan berharap suami dapat memaafkan saya.
Begitulah hari-hari yang saya lalui... sedikit sebanyak kasih dan cinta pada Allah memudarkan kasih dan cinta kepada suami... dan ada kalanya juga kasih dan cinta pada suami melalaikan saya kepada Allah...
Alhamdulillah pada kelas Asmaul Husna malam tadi, ketika kami sedang memanjatkan doa kepada Allah, hati saya bergetar ketika kami sama-sama memohon ampun kepada Allah sekiranya selama ini kami mencintai suami melebihi dari mencintai Allah.
Tanpa disedari airmata saya terus mengalir. Alhamdulillah, sesaat itu juga secara halusnya dialiri Allah kefahaman dalam hati saya dan jika saya terjemahkan kepada bahasa manusia, lebih kurang maknanya... Cintailah suamimu kerana Aku...
Dan terus terbayang ketika itu semua pengorbanan dan kasih sayang suami kepada saya dan terus tersedar di hati saya bahawa banyak lagi tanggungjawab kepada suami yang tak saya tunaikan dan banyak lagi kasih sayang kepadanya tak saya curahkan... sekiranya saya ingin mencintainya kerana Allah ... kerana sekiranya saya menjadi wakil Allah untuk mencintai suami saya pastinya saya perlu melakukan yang terbaik kepada suami saya dan saya terus menyedari bahawa saya belum lagi melakukan yang terbaik...
Justeru setiap detik saya bersamanya, menghormatinya, menyayanginya ... maka segalanya adalah termasuk dalam urusan mencari redha Allah. Justeru dua-dua kita dapat, mengasihi suami dan mengasihi Allah ...
Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur mendapat kefahaman ini dan insyaAllah semoga Allah memberi saya pertolongan agar dapat mencintai-Nya sebagai cinta tertinggi dan benar-benar mencintai suami kerana-Nya ..
Because You Loved Me
For all those times you stood by meFor all the truth that you made me seeFor all the joy you brought to my lifeFor all the wrong that you made rightFor every dream you made come trueFor all the love I found in youI'll be forever thankful babyYou're the one who held me upNever let me fall
You're the one who saw me through through it all
You were my strength when I was weakYou were my voice when I couldn't speakYou were my eyes when I couldn't seeYou saw the best there was in meLifted me up when I couldn't reachYou gave me faith 'coz you believedI'm everything I am
Because you loved me
You gave me wings and made me flyYou touched my hand I could touch the skyI lost my faith, you gave it back to meYou said no star was out of reachYou stood by me and I stood tallI had your love I had it allI'm grateful for each day you gave meMaybe I don't know that muchBut I know this much is true
I was blessed because I was loved by you
You were always there for meThe tender wind that carried me
A light in the dark shining your love into my life
I'm everything I am
Because you loved me ...
Alhamdulillah, terima kasih Allah ...
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

No comments: